FAQ RUMAH LELONG

SELAMAT DATANG KE BAHAGIAN FREQUENTLY ASKED QUESTION(FAQ)

Disini kami akan cuba jelaskan beberapa terma dan pemahaman tentang hartanah lelong supaya anda lebih jelas dan faham.

anda di nasihatkan membaca segala penerangan di bawah untuk kemudahan anda.

ok jom kita mulakan

1. apakah hartanah lelong

hartanah lelong adalah hartanah yang pemilik nya gagal membuat bayaran seperti di janjikan. bank mengambil hak utk melelongkan hartanah tersebut bagi menyelesaikan tunggakan dan baki hutang tersebut.

2. harga lelong/ harga rezab

harga lelongan atau nama lainnya harga rezab, adalah suatu harga yang di tentukan oleh penilai bank bagi menjual hartanah lelongan tersebut.

harga yang tertera di iklan kami adalah harga lelong/ harga rezab

3. adakah harga rezab tetap atau akan menaik?

harga lelong / rezab akan tetap jika tiada orang lain masuk membida lelongan

jikalau ada lebih dari seorang pembida, harga rezab mungkin akan naik sehingga pemenang lelong di tentukan.

4. apa itu pembida atau bidaan

pembida adalah orang / pelanggan yang masuk lelong untuk membeli

bidaan adalah proses lelongan tersebut

setiap bidaan, akan membuatkan harga lelong tersebut meningkat

5. berapakah kenaikan harga setiap bidaan?

bergantung pada pentadbir tanah lelongan.

selalunya setiap bidaan akan mengakibatkan kenaikan rm1000 atau rm2000

contoh : kenaikan rm1000

harga rezab rm50k
pembida A bida : rm51k
pembida B bida : rm52k
pembida A bida lagi : rm53k

dan seterusnya

6. kenaikan bidaan sampai tahap mana?

sehingga tiada pembida lain membida lagi, dan mahkamah menjatuhkan ketukan tukul sebanyak 3 kali.

contoh :

pembida A : rm53k
pembida B : rm54k

tiada kenaikan lagi, mahkamah mengetuk 3 kali tukul, pembida B menang dengan harga RM54k.

7. di mana tempat lelong?

selalunya di mahkamah, pejabat tanah atau pejabat pelelong.

maklumat lengkap hanya untuk pelanggan berdaftar dengan kami sahaja.

8. apakah bank melelong?

sama juga, maklumat selain tertera di iklan hanya untuk pelanggan berdaftar dengan kami sahaja.

9. adakah harga lelong di bawah harga pasaran semasa?

bergantung, selalunya harga rezab adalah di bawah harga pasaran.

tetapi harga menang lelong boleh jadi di bawah, atau di atas harga pasaran, bergantung pada sejauh mana anda sanggup membida.

10. bank boleh loan tak lelong?

sudah tentu.

tetapi bank hanya akan loan jumlah selagi ia di bawah harga pasaran

contoh :
pembida B menang lelong pada harga RM54k, tetapi harga pasarn rumah tersebut adalah RM45k, jadi bank hanya akan tanggung RM45k sahaja.

selebihnya pembida kena pakai cash sendiri untuk tambah.

11. berapa tempoh di berikan untuk menyelesaikan bayaran lelong selepas menang?

selalunya dalam 90 hari ke 120 hari dari tarikh menang lelong

12. apa kan jadi jika pembida gagal dapatkan pinjaman atau gagal tambah baki harga dalam masa di tetapkan?

hartanah tersebut akan di lelong semula, wang deposit pembida akan hangus.

tapi jangan risau, kami akan bantu untuk kurangkan risiko tersebut sebelum anda jejak kaki masuk lelong. di situ kepakaran kami di perlukan.

13. berapa deposit untuk masuk lelong?

ok, untuk masuk lelong, wajib ada deposit 10% secara tunai.

tanpa deposit, anda tidak layak mendaftar lelong.

deposit akan di buat dalam bentuk bank draft

so tak boleh ansur, atau keluar kwsp utk deposit daftar masuk lelong.

jika sudah menang nanti, nak keluar kwsp utk cover semula deposit lelong, itu boleh.

14. apa lagi kos terlibat selain deposit lelong?

a. deposit lelong
b. yuran guaman
c. yuran penilaian
d. upah ejen

anggaran semua 10% – 14%

15. boleh saya nak gambar rumah lelong tersebut?

rumah lelong adalah senarai hartanah yang silih berganti setiap hari, jadi team kami tiada gambar untuk di sediakan.

adalah di nasihatkan untuk lawat periksa berdasarkan alamat di iklan.

walaubagaimanapun, untuk pelanggan luar melaka dan berdaftar dengan kami, kami boleh sediakan khidmat lawat periksa tersebut.

16. rumah lelong boleh tengok dalam ke?

secara rasminya tidak boleh, sebab selagi rumah belum terjual, ia masih milik pemilik asal. so ia adalah di kira menceroboh.

kecuali anda berani utk direct confront owner asal utk masuk dalam. (adalah tidak dinasihati, emosi owner sdg tidak menentu)

walau bagaimanapun, sekiranya rumah kosong, atas risiko sendiri, boleh utk meneliti dalaman rumah lelong itu.

17. bagaiamana jika rumah lelong tu rosak?

rumah lelong di jual dengan keadaan sedia ada (as basis). so apa yang anda lihat, itu yang anda akan dapat.

walau bagaimanapun pihak kami akan bantu nasihat berdasarkan pengalaman kami yang mendalam dalam hal rumah lelong ini utk mengurangkan risiko anda.

18. bagaimana jika owner asal masih tinggal di rumah lelong?

jangan risau, bila anda telah menang lelong, owner lama perlu akur dengan peruntukkan undang undang. sebarang tindakan degil boleh di laporkan ke pihak berkuasa.

tetapi jangan risau, selalunya owner lama akan akur dengan keputusan mahkamah lelong.

19. kalau rumah lelong yang di menangi ada barang di tinggalkan owner lama?

kalau ketika menang, rumah memang tiada owner sekian lama, tetapi ada barang tinggal, terpulang owner baharu utk buat apa.

tetapi jika owner lama masih tinggal, barang dalam rumah yang bukan lekap adalah milik pemilik asal.

20. untuk masuk lelong, siapa yang boleh datang atau masuk?

a. pembida sendiri
b. ejen (kami)
c. ahli keluarga terdekat (jika pembida tidak dapat hadir)

21. kalau menang lelong, apa proses seterusnya?

a. sign kontrak menang lelong
b. uruskan loan utk proses bayaran baki

(ejen akan guide)

22. kalau kalah lelong pula bagaimana?

kalau kalah lelong, deposit 10% tadi akan di pulang sejurus selepas lelongan selesai.

dan anda boleh cuba lain kali utk hartanah lain.

(kos ejen minima akan terlibat, akan di jelaskan dalam prosedur lelong di bawah)

23. kalau saya tak nak guna khidmat ejen lelong boleh?

boleh, tetapi segala maklumat dan perkara adalah diuruskan sendiri.

kami tidak akan memberikan apa apa maklumat pada anda.

kami menyediakan servis, kami tidak menjual data lelong.

selain dari maklumat yang diiklankan, kami tidak akan kongsikan kecuali pada yang berdaftar dengan kami utk servis kami.

 

SEKIAN TERIMA KASIH